Sunday, November 1, 2009

Proses-proses dalam rekabentuk industri

Proses-proses dalam rekabentuk
1. Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin.
2. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal,
senireka, bahan dan sebagainya.
3. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam
menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian,
elektronik, senireka dan ergonomik.
4. Disiplin-siplin yang disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk
menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
5. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yang boleh menguasai semua
bidang.
6. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau
tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yang melibatkan proses-proses tertentu
tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan
kepada penyelesaian.

Carta aliran rekabentuk
1. Keperluan kepada rekabentuk
2. Penakrifan masalah (kajian perlaksanaan)
3. Rekabentuk konsep
4. Rekabentuk terperinci
5. Pembuatan
6. Keperluan kepada rekabentuk

Keperluan
1.Produk baru dihasilkan akibat:
a). Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
b). Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan
permintaan produk baru.
c). Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya
melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya
menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun
kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan
teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa
dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.

2.Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:
a). Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.
b). Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
c). Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan
kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
d). Keperluan penghargaan atau penghormatan – perasaan suka dihormati, dipuji,
dihargai.
e). Keperluan pembangunan diri – kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan,
martabat.
f). Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan
lain dapat dipenuhi.

Penakrifan masalah
1.Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

Kajian Perlaksanaan
a). Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
b). Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?

1.Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.

Penghasilan Konsep
1.Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

Rekabentuk Terperinci
1. Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

Pembuatan / Proses Pengeluaran
1. Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.

Pemasaran
1. Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka.

Pemberhentian Pengeluaran
1. Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna.
2. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.

No comments:

Post a Comment