Sunday, November 1, 2009

REKABENTUK industri yang canggih



Kita semua tahu bahawa pemanasan global sedang berlaku dan akan terus berlaku untuk beberapa tahun yang akan datang. Pemanasan ini menyebabkan ais di kutub utara dan selatan cair dan meningkatkan paras air laut dunia. Menurut kajian dan ramalan GIEC (Intergovernmental group on the evolution of the climate), kenaikan suhu dunia sebanyak 1 celcius akan meningkatkan paras laut setinggi 1 meter.

Jika dikirakan kembali kenaikan paras meter air laut akan menenggelamkan 0.05% Uruguay, 1% Egypt, 6% Netherlands, 17.5% Bangladesh and 80% Majuro di Oceania. Dengan yang demikian, 50 juta orang akan kehilangan tempat tinggal dan kebanyakkannya berada di negara-negara membangun.

Salah satu penyelesaian kepada masalah ini adalah Lilypad. Sebuah bandar canggih yang terapung pada permukaan laut dan sebahagian bandar ini berada di dalam air.Bandar ini boleh menempatkan seramai 50 000 orang dan direka supaya dapat bermandiri.Air hujan dikumpulkan dan digunakan untuk bandar ini disamping menggunakan tenaga solar sebagai tenaga yang boleh diperbaharui. Segala-galanya di bandar ini boleh dikitar semula dan digunakan kembali.

REKABENTUK PEMBUNGKUSAN

PEMBUNGKUSAN





Pembungkusan air jus buah buahan juga dapat direka secara kreatif. Lihat sahaja bekas-bekas jus ini yang menyerupai kulit buah-buahan.

TEKNIK RENDERING

TEKNIK RENDERING




Tutorial mengenai lakaran kereta menggunakan marker, pen dan mendapatkan kesan yang realistik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tutorial ini, layari speedanddesign.com

CONTOH-CONTOH GAMBAR rekabentuk industri









Perekabentuk INDUSTRI



KARIM RASHID


Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia.

INDUSTRI & contohnya....




Definisi Rekabentuk Perindustrian

Rekabentuk Perindustrian adalah bidang berkaitan dengan mereka dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. IDSA(Industrial Designers Society of America).

Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.

APA ITU Rekabentuk industri?

Rekabentuk Industri (Industrial Design)
Apa itu Rekabentuk Industri ?
Rekabentuk Industri sangat penting kerana apabila kita pack kan produk kita , kita perlukan "kelainan" supaya apabila pembeli beli produk kita mereka akan ingat dan suka dengan cara kita "pack kan" produk kita. Misalnya apabila anda beli minyak wangi ,anda akan lihat berbagai design botol minyak wangi yang begitu cantik dan menarik. Kalau misalnya Jenama yang di beri melambangkan minyak wangi yang "feminine dan classy", ianya dapat di "rasa" dengan melihat bentuk botol minyak wangi itu.

Contoh lain kalau anda lihat bagaimana coklat di bungkuskan. Ianya dibungkus dengan begitu "eksklusif " dan apabila kita makan coklat itu kita akan "rasa" ianya bukan sahaja sedap malah kita rasa "mewah" dengan cara ianya di bungkus.Oleh itu apabila mencipta Jenama ianya datang bersama dengan Rekabentuk Industri. Dua bidang ini saling berkait rapat dan saling membantu untuk "reach your target market".

Jadi jangan fikir bila anda ada Jenama anda tidak perlu risau tentang bagaimana ianya "dibungkuskan". Kalau ianya hanya sekadar bungkusan /plastik /kotak /botol untuk sebuah produk, maka ianya akan "menjejaskan rasa" Jenama anda.Ianya di ibaratkan "end product" kerana ia adalah "result" hasil kreativiti anda membuat sebuah produk (Paten), memberi nama produk (Jenama) dan membungkus produk (Rekabentuk Industri).

Proses-proses dalam rekabentuk industri

Proses-proses dalam rekabentuk
1. Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin.
2. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal,
senireka, bahan dan sebagainya.
3. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam
menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian,
elektronik, senireka dan ergonomik.
4. Disiplin-siplin yang disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk
menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
5. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yang boleh menguasai semua
bidang.
6. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau
tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yang melibatkan proses-proses tertentu
tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan
kepada penyelesaian.

Carta aliran rekabentuk
1. Keperluan kepada rekabentuk
2. Penakrifan masalah (kajian perlaksanaan)
3. Rekabentuk konsep
4. Rekabentuk terperinci
5. Pembuatan
6. Keperluan kepada rekabentuk

Keperluan
1.Produk baru dihasilkan akibat:
a). Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
b). Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan
permintaan produk baru.
c). Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya
melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya
menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun
kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan
teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa
dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.

2.Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:
a). Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.
b). Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
c). Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan
kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
d). Keperluan penghargaan atau penghormatan – perasaan suka dihormati, dipuji,
dihargai.
e). Keperluan pembangunan diri – kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan,
martabat.
f). Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan
lain dapat dipenuhi.

Penakrifan masalah
1.Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

Kajian Perlaksanaan
a). Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
b). Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?

1.Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.

Penghasilan Konsep
1.Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

Rekabentuk Terperinci
1. Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

Pembuatan / Proses Pengeluaran
1. Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.

Pemasaran
1. Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka.

Pemberhentian Pengeluaran
1. Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna.
2. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.

Jenis-jenis rekabentuk


Jenis-jenis Rekabentuk Kejuteraan
1.Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:
a).Rekabentuk Komponen.
b).Rekabentuk Sistem.
c).Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.

Rekabentuk Komponen
1. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci.
2. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan,
tegasan dan sebagainya.
3. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa.
Contohnya: bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dan sebagainya.

Rekabentuk Sistem.
1. Dalam rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan
prestasi.
2. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.
3. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan
mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai fungsi
yang sama akan beroperasi secara berlainan. Contohnya: sistem penyaman udara dan
sebagainya.

Rekabentuk produk industri / pengeluaran
1. Memerlukan prestasi secara kasar
2. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
3. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza. Contohnya: pembuka tin, pemerah jus buah-buahan, kerusi roda dan sebagainya.

DEFINISI REKABENTUK

REKABENTUK INDUSTRI
Definisi Rekabentuk.

REKA
1. Membuat sesuatu ciptaan
2. Baru (ilham, kajiselidik)
3. Lama (memperbaharui)

BENTUK
1. Menggunakan sains dan matematik
2. Proses kejuruteraan
3. Ekonomi.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka
Kreatif
Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)

Inovatif
Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna untuk semua).

Ciri-ciri Rekabentuk yang baik
Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:
1. Berfungsi dengan baik dan cekap.
2. Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.

Kekangan dalam rekabentuk
1. Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a). Kos
b). Keboleharapan (reliability).
c). Keselamatan.
d). Prestasi.
e). Kehendak akta kilang dan jentera.
f). Pertimbangan sosiologi.
g).Pencemaran
h). Penggunaan tenaga.

Kategori pengasilan rekabetuk
1. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di bahagian R&D.

2. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya beroperasi dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.

3. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.